Get Free Shots from Snap.com HLM 2U - Program Sihat Dan Berkat: Germanium Percepat Edaran Darah

HLM 2U - Program Sihat Dan Berkat

KEAHLIAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN PERTAMA

Saturday, May 19, 2007

Germanium Percepat Edaran Darah

GERMANIUM adalah bahan perubatan semula jadi yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan seperti bawang putih. Kebelakangan ini, germanium popular sebagai makanan tambahan dan dianggap sebagai "penyembuh ajaib" untuk masalah arthritis dan dilaporkan memiliki bahan antibarah dan antivirus.

Kajian lebih mendalam menemukan pula germanium organik, satu-satunya logam yang tidak memberi kesan mudarat kepada kesihatan. Ia adalah sejenis tumbuhan yang menyerap unsur daripada tanah untuk tumbuh seperti ginseng korea dan ganoderma kucidum selain bawang putih.

Ramai ahli sains menemui unsur germanium organik dalam banyak unsur biologi dan tumbuhan. Ia dikatakan berupaya meningkatkan sistem kelalian dan fungsi penyembuhan diri sendiri. Justeru, ia mungkin dapat digunakan dalam pencegahan barah dan rawatannya.

Pengamal haemopati, Prof Dr Razali Bolhi berkata, dalam bidang bioteknologi kebelakangan ini terutama di China dan Jepun dan negara Asia lain, minat dalam kajian fungsi herba dan kesan famakologi seperti ginseng, medlar, bawang putih, lidah buaya, ganoderma lucidum semakin meningkat.

Hasil kebanyakan kajian itu mendapati germanium mempercepatkan edaran darah dan metabolisme.

"Tetapi perlu juga diketahui, germanium organik ini bukan ubat untuk menyembuhkan barah tetapi bertindak sebagai bahan menolong mempercepatkan ubat penyembuhan barah bertindak,"

Bagaimana keadaan itu boleh berlaku? Prof Razali berkata, satu fungsi germanium organik adalah mempercepatkan interferon (protein penyekat, menghalang pembiakan kuman atau virus) dalam tubuh. Interferon ini menghidupkan sel pembunuh semula jadi dalam tubuh manusia dan meningkatkan sistem kelalian.

Kerana itu di sesetengah negara, germanium diberikan kepada pesakit barah. Selain itu ia juga membantu dalam masalah penyakit yang disebabkan kekurangan oksigen.

Justeru, untuk pesakit migrain pengambilan germanium organik dilaporkan memberi kesan yang baik. Malah, dalam perubatan haemopati, germanium organik sudah lama digunakan.

KEAHLIAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN PERTAMA